Wednesday, February 11, 2015

Kenapa Air Mineral ada tarikh luput?

Sekarang musim panas.. dan anda mengambil sebotol air sejuk, anda buka dan perlahan-lahan botol yang mengandungi air penyegar badan itu pada bibir anda, tiba-tiba.. anda ternampak tarikh luput pada botol itu telah tamat 2 bulan lalu, anda sangkakan botol itu hanya berhabuk sedikit sahaja..
Patut kah anda risau tentang itu?
 Semestinya air minuman tidak akan jadi tidak elok, tp.. jika dapat air yang baru di keluarkan.. terasa sama baik dgn gula atau garam yg punya tarikh luput kan?
Ada beberapa sebab kenapa air mineral yang dibotolkan ada tarikh luput.. yang utamanya.. birokrasi kerajaan : air adalah termasuk lingkungan makanan dan sebagainya, undang-undang mewajibkan setiap makanan, termasuklah air itu tadi mempunyai tarikh luput.
Lagipun, tarikh luput juga memberi faedah kepada pembekal.
walaupun air sahaja tidak akan rosak, tetapi botol plastik ada tarikh luput dan mengakibatkan kebocoran bahan kimia pada air, ini tidak bermakna air tersebut air toksik, tetapi membuatkan air rasa kurang enak bila diminum dan jika pelanggan menghubungi pihak pembekal kerana ingin mengadu bahawa air yang mereka beli bertahun sebelum itu rasa tidak enak, pembekal boleh menyalahkan pelanggan kerana membeli air yang sudah luput tarikhnya,
Tambahan pula, kebanyakan syarikat pembotolan air menggunakan mesin yang sama untuk pembotolan air soda dan air jenis lain, yang juga boleh luput tarikh botolnya. ini memudahkan lagi penglebelan tarikh luput bagi setiap botol (sama ada perlu atau tidak) daripada membuat mesin botol khas untuk sesebuah syarikat.
Akhirnya, tarikh luput biasanya hanya satu elemen kod bercetak yang juga untuk mengenal pasti tarikh, tempat pengeluar serta maklumat lain. walaupun lebel tarikh luput itu tidak membawa makna apa-apa yang buruk akan belaku pada air didalamnya, maklumat pembekal yang dicetak boleh juga digunakan untuk menjejaki air yang tercemar, kesilapan pembotolan atau penarikan balik produk.
p/s : jika ada kesalahan transalte.. sila beritahu fik ye.. sbb ni manual translate.. tq

1 comment: