Ayam Pegar
Ayam Pegar | |
---|---|
Seekor ayam Pegar jantan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Burung |
Order: | Galliformes |
Famili: | Phasianidae |
Subfamili: | Phasianinae |
Genus: | Lophura |
Spesies: | L. ignita |
Nama binomial | |
Lophura ignita (Shaw, 1797) |
Ayam Pegar ialah sejenis burung kuang yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneodan Sumatera. Nama saintifiknya ialah Lophira ignita.[1]
Ia disenaraikan dalam Appendiks III CITES di Malaysia, di mana ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.[2]
Ayam Pegar bersaiz antara 55 hingga 70 sm panjang, dengan panjang ekor 15-30 sm. Berat badannya antara 1.6 kg hingga 2.6 kg. Burung jantan lebih besar daripada burung betina. Kedua-dua jantina juga boleh dikenalpasti melalui jambul dan kulit muka berwarna biru.
Makanan
Ia makan padi, daun muda, buah dan haiwan kecil.
Pembiakan
Telur Ayam Pegar berwarna putih krim. Sebanyak 4-8 telur akan dieramkan sehingga beberapa minggu. Anak burung mempunyai bulu coklat kehitaman di bahagian atas dan kelabu putih di bahagian bawah.
Habitat
Ia boleh dijumpai di hutan tanah pamah kecuali hutan paya gambut.
Rujukan
- ↑ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
- ↑ "Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010". Undang-Undang Malaysia. Parlimen Malaysia. Diperoleh pada 25 May 2012.
- BirdLife International (2004). Lophura ignita. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 30 October 2006. Database entry includes a brief justification of why this species is near threatened
Admin.. ijin yah
ReplyDeleteAGEN DOMINO QIU QIU
AGEN POKER ONLINE
DEWA POKER ONLINE
POKER88