Thursday, October 29, 2015
Kenapa bayi suka tidur siang?
Selama ini lita sudah salah faham tentang keadaan bayi. Seorang doktor pakar kanak-kanak berkata demikian. kenapa begitu?
sebab selama ini, kita menganggap
1. Senyap/sunyi itu perlu untuk bayi.
2. Tidur terlentang
3. Bedung tidak perlu umtuk bayi.
TETAPI anggapan kita itu SALAH!! ini kerana, didalam perut ibu adalah tempat yang paling bising,
ini kerana :
- Bayi mendengar bunyi perut ibu ketika lapar,
- Bunyi air dan darah didalam perut ibu
- Angin dan suara dari luar perut.
Itulah sebabnya, bayi terbiasa dengan bunyi bising dan rasa terasing bila dia didalam keadaan senyap/sunyi, ini juga lah menyebabkan bayi lebih gemar tidur waktu siang berbanding pada waktu malam.jika ingin bayi anda tidur malam, pasangkanlah ayat-ayat Al-Quran, zikir atau music slow pada telinganya supaya bayi tidak terasa sunyi dan rasa asing.
Tidur terlentang juga adalah terasing bagi bayi kerana bayi ketika dalam perut tidur secara merengkot itu lah sebabnya selalu kita lihat bayi menangis dan takut jika dibaringkan. Didalam perut, tempatnya sempit, oleh itu.. bayi perlu dibedung supaya tidak terkejut dengan keadaan sekeliling. bayi terasa gayat jika tidak dibedung, kerana kaki dan tangannya bebas ke sana ke mari, ini amat berbeza ketika dia berada didalam perut, iaitu sempit dan tidak bebas begerak. Itu lah sebab kenapa bayi kadang-kadang menangis jika tidak dibedung
wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment