Thursday, October 29, 2015

Water Man

Rata-rata perut manusia mempunyai kapasiti satu liter, tetapi luarbiasa bagi Dickinson Oppong yang berasal dari Ghana, dia dapat minum sehingga 4.5 liter air dalam masa kurang 90 saat. yang tidak masuk akalnya.. dia masih boleh meludah semuanya kembali keluar dari perutnya, seperti air pancut.



Tubuh manusia dewasa adalah terdiri antara 50% dan 65% air, yang diperlukan untuk kelangsungan hidup kita ini. Tetapi minum terlalu banyak air dalam tempoh yang singkat boleh membunuh anda. Buah pinggang tidak mampu untuk mengepam air tambahan dengan pantas, lalu lebihan air itu masuk ke dalam saluran darah dan mencairkan, ia boleh menyebabkan keadaan yang berpotensi-maut dikenali sebagai hyponatremia. cecair akan tertarik memasuki kawasan-kawasan badan di mana kepekatan garam dan bahan-bahan terlarut yang lain adalah lebih tinggi, air meninggalkan darah dan mula masuk ke dalam sel-sel, ia akan mula membengkak seperti belon untuk memberi ruang. Walaupun kebanyakan sel boleh membengkak tanpa pecah, kerana ia termasuk dalam jenis tisu fleksibel seperti lemak dan otot, tidak seperti sel-sel otak. Hampir tiada ruang untuk mengembang di dalamnya, ia boleh menyebabkan edema otak, air berlebihan juga boleh menyebabkan bengkak yang boleh membawa maut.

Tetapi kebolehan seorang lelaki ini menolak mentah-mentah sains perubatan yang telah mengajar kita mengenai bahayanya meminum air banyak sekali gus. Lelaki berusia 46 tahun ini, Dickinson Oppong menelan lebih satu gelen air dalam masa satu minit setengah, satu pencapaian yang mustahil bagi manusia biasa.



Keupayaan Dickinson menelan air dengan kuantiti yang banyak dalam masa beberapa saat, terus menafikan penjelasan fisiologi biasa, kerana perut manusia biasa boleh menampung hanya kira-kira seliter. Ini bermakna perutnya perlu berkembang kira-kira empat atau lima kali ganda dari biasa. Tetapi minum 4.2 gelen air hanya sebahagian daripada helah Oppong ini. Jika semua cecair yang bakal diserap ke dalam saluran darah, ia mungkin akan membunuh dirinya, tetapi lelaki ini yang dipanggil "Water Man" boleh mengawal perutnya dan mengeluarnya seperti air pancut sebelum air sempat menyerap ke dalam darahnya. Ia agak luar biasa, anda hanya perlu melihat sendiri untuk mempercayainya.



Dickinson Oppong telah muncul di rancangan hit Discovery Channel, Superhumans Stan Lee, sejak itu, dia menyertai pelbagai pertunjukan bakat, seperti Jerman "Das Super Talent" dan "Perancis Got Talent"


No comments:

Post a Comment